Kecomelan Orang Memiliki Gigi Taring Jadi Tarikan Di Jepun

Cantik pula bila melihat seseorang yang senyumnya terlihat gigi taringnya kan? rasa macam jatuh cinta pula. Hahaha, tapi bukan semua memiliki aura memikat ini tau.

Sememangnya semua orang mempunyai gigi taring, cuma ada sesetengah orang memiliki gigi taring yang lebih ketara kelihatannya. Dan bagi sesetengah orang ianya nampak lebih cantik dan unik. Lain orang lain pula pendapat.

Sekarang ni ramai gadis-gadis sanggup berhabis duit memakai pendakap gigi untuk mendapatkan gigi yang rata dan cantik. Namun di Jepun pula, gadis-gadis di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring. Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal.

Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670), terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama. Tetapi menjadi tanda tanya, Apa kelebihan mempunyai gigi taring ini sampaikan ada sesetengah gadis sanggup berhabis duit untuk memasang gigi taring?

Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.

Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.

Sumber: Hanasuva.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s