6 Sebab Mengapa Suami Curang

Kesetiaan sangat penting dalam memastikan hubungan antara pasangan berkekalan. Namun antara faktor utama terjadinya pergolakan rumahtangga adalah disebabkan orang ketiga dan pasangan yang curang.

Bila sebut pasal curang je, mesti akan dikaitkan dengan lelaki. Apa sebabnya lelaki curang walaupun sudah berkahwin? Atau lelaki ni memang tak pernah puas dengan satu wanita??

1. SEKADAR SUKA-SUKA
Lelaki terkenal dengan egonya. Mereka curang untuk menguji sejauh mana isteri sayang suami.Mereka juga hendak tahu samada mereka masih mampu atau tidak untuk memikat hati wanita lain.

2. RASA DIRI MASIH MUDA & MENARIK
Walaupun sudah tua, ada lelaki masih mampu untuk curang kerana merasa diri mereka menarik dan muda. Oleh itu, perempuan haruslah berhati-hati dan selalu peka dengan perubahan pasangan anda.

Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Frontiers In Psychology menyatakan lelaki yang kaya dan berduit, akan lebih kerap beranggapan pasangannya kurang menarik dari segi kecantikan.

3. MEREKA RASA TAK SALAH PUN CURANG
Curang bukan satu kesalahan di mata lelaki asalkan ia tak melibatkan hubungan intim. Tapi, jika sudah terlanjur, buruk padahnya.

4. BENCI DENGAN PASANGAN
Lelaki juga boleh silap memilih pasangan hidup. Jika silap memilih, lelaki yang sudah hilang sabar akan mencari perempuan yang lebih baik mampu menjaga dan melayannya.

5. BOSAN DENGAN PASANGAN
Lelaki cepat bosan dengan pasangan yang terlalu manja dan mengada-ngada. Lelaki pula tak suka berbincang dengan pasangan tapi cuma menunjukkan perubahan tingkah laku sebagai tanda protes.

Dalam hal ini, lelaki akan berharap untuk dijodohkan dengan pasangan yang lebih baik dan dapat menggantikan pasangan lamanya.

Sumber: Hanasuva

Jangan Abaikan Jika Anak Anda Mengalami Tanda-Tanda Awal Ini

1. Hidung kerap berdarah

Oleh sebab saluran darah kecil di bahagian hadapan hidung kanak-kanak, ia boleh menyebabkan mereka alami hidung berdarah, tapi ia akan semakin menebal selepas baligh.

Namun begitu, sekiranya perkara ini (hidung berdarah) kerap berlaku, sehinggga 4 atau 5 kali sebulan, ia mungkin amaran bagi kanser.

Hidung yang kerap dan secara berterusan berdarah adalah gejala bagi Leukemia Limfoblastik Akut (LLA), menurut dari Hospital Universiti Kebangsaan di Singapura, yang mana ia adalah sejenis kanser biasa ditemui pada kanak-kanak.

2. Kudis yang sukar sembuh

Bagi kanak-kanak yang aktif bermain, mereka mungkin akan berdepan dengan luka akibat dari aktiviti lasak tersebut. Tapi, sekiranya kudis yang ada pada kanak-kanak, dan ianya kelihatan tidak sembuh atau berpanjang, ia harus diberi perhatian.

Ibu bapa harus mengambil tindakan dengan segera, sekiranya kudis ini ada di mana-mana bahagian badan yang sukar untuk sembuh seperti, di atas kulit, kemaluan (zakar atau faraj), atau rongga mulut.

3. Kelenjar nodus limfa membesar

Ia mungkin tidak memberikan rasa sakit, tapi sekiranya semakin membesar, boleh menjadi tanda bagi penyakit limfoma non-hodgkin.

Gejala yang boleh dilihat adalah bengkak pada bahagian leher, ketiak, pangkal paha, dada dan abdomen, di semua bahagian terletaknya kalenjar nodus limfa.

Ianya mudah dilihat atau dirasa seperti ketulan di bawah kulit, bagi nodus limfa yang berhampiran dengan permukaan kulit seperti, di tepi leher, di pangkal paha, ketiak atau bahagian atas tulang selangka

Limforma adalah disebabkan oleh tumor yang bermula dalam kalenjar limfa.

4. Berat badan turun dan tak dapat dijelaskan sebabnya

Kanak-kanak boleh turun berat badan kalau tak ambil jumlah kalori yang cukup atau membakar lebih banayk kalori dari biasa.

Sekiranya anak kehilangan berat badan dengan mudah, walau tiada perubahan dalam pemakanan, diet atau senaman, segeralah bawak berjumpa dengan doktor.

Kerana, menurut kata pakar perubatan, jika berat badan turun dengan banyak pada satu masa, ia mungkin petanda bagi penyakit tersembunyi, termasuk kanser.

5. Sesak nafas

Sesak nafas boleh menjadi satu tanda bagi leukemia kanak-kanak, yang mana merangkumi hampir daripada 40% dalam semua kanser kanak-kanak di negara republik itu, menurut dari Institut Kanser Universiti Kebangsaan, Singapura.

Bukan itu saja, sesak nafas adalah perkara serius buat kanak-kanak, dan perlu mendapatkan rawatan segera berjumpa doktor atau bilik kecemasan.

6. Benjolan

Petanda lain bagi kanser adalah, kemunculan benjolan pada bahagian abdomen atau kaki dan tangan.

Bengkak di bahagian abdomen mampu menunjukkan tumor Wilm, kanser buah pinggan yang berlaku pada kanak-kanak yang amat muda, menurut Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

7. Perubahan tingkah laku

Menurut Institut Perubatan Kanak-kanak di Hospital Universiti Kebangsaan, perubahan tingkah laku ini boleh menjadi petanda kanser, bersama-sama dengan perubahan dalam personaliti dan prestasi di sekolah.

8. Sakit kepala

Pusat Kanser Kebangsaan, Singapura (NCCS) menyatakan, sakit kepala yang berterusan boleh menjadi salah satu tanda kwujudan tumor dalam otak.

Ini kerana disebabkan oleh tekanan yang meningkat dalam tulang, diakibatkan oleh benjolan, lalu tulang dalam struktur tulang badan tidak boleh berkembang.

9. Muntah

Keracunan makanan, batuk yang teruk atau selsema, atau juga selsema perut boleh jadi antara punca kanak-kanak muntah.

Namun, menurut kata NCCS lagi, kanser yang memberi kesan kepada otak juga boleh mengakibatkan gejala muntah.

Dapatkan rawatan dnegan segera kalau anak sering loya dan ada masalah untuk kekalkan pengambilan makanan dan minuman, kerana khuatir ia bukan sekadar sakit perut biasa.

10. Masalah penglihatan

Masalah penglihatan seperti kabur, penglihatan berganda atau kehilangan penglihatan adalah sebuah petanda yang berkemungkinan bagi tumor otak, tambah NCCS lagi.

11. Sawan

Antara tanda wujudnya ada kanser pada kanak-kanak adalah sawan, yang mana tidak ada kaitan atai disebabkan oleh demam panas yang tinggi, menurut Pusat Kanser Parkway. Sawan, juga boleh menjadi tanda bagi tumor otak.

Namun begitu, dapatkan rawatan dengan segera dan terlebih dahulu untuk tentukan punca sebenar, kerana sawan juga boleh diakibatkan oleh demam, kekurangan oksigen, trauma di bahagian kepala atau pelbagai penyakit lain.

12. Sakit tulang

Sakit tulang juga berada dalam senarai tanda-tanda kanser pada kanak-kanak, di mana ia kadangkala boleh mengakibatkan tempang, tambah Institut Kanser Kebangsaan, Singapura.

Dengan lebih khusus lagi, gejala sakit tulang ini juga boleh menunjukkan tanda bagi Neuroblastoma, sebuah tumor kanser yang kebiasaannya berlaku pada kelenjar adrenal.

Ia adalah sebuah tumor pepejal malignan yang mengakibatkan bengkak atau kesakitan, dan gejalanya mungkin berbeza-beza bergantung pada lokasi tumor.

13. Lemah

Keletihan secara beterusan dan lemah adalah gejala biasa bagi penyakit Limfoma, di mana ia adalah sekumpulan kanser dalam seistem limfa, kata Lembaga Promosi Kesihatan Singapura.

Pemeriksaan fizikal, ujian darah, biopsy bagi bengkak, penyedutan tulang sum-sum, X-ray, CT atau imbasan MRI antara ujian yang harus dilakukan untuk diagnosis penyakit ini.

14. Demam

Jika anak anda mengalami demam yang berulang atau demam yang tak dapat dijelaskan, ia mungkin adalah petanda bagi kanser – atau khususnya Leukemia, menurut kata Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH).

Kanser ini terjadi apabila tulang sum-sum menghasilkan sel-sel darah putih yang tidak matang, secara berlebihan. Leukemia adalah sejenis kanser yang paling biasa dapat dilihat pada kanak-kanak.

15. Pendarahan

Menurut KKH, kanser yang terjadi pada bahagian dalam buah pinggang boleh mengakibatkan seorang kanak-kanak menghantar darah ke dalam air kencingnya dikenali sebagai Tumor Wilm.

Kanser jenis ini jarang berlaku, dan memberi kesan terutamanya pada kanak-kanak. Ia kebiasaannya ditemui dalam salah satu buah pinggang sahaja, walaupun kadangkala ia mampu menjejaskan kedua-dua buah pinggang juga.

Sumber: The Asian Parent

Afifah Kantoi Lagi, Pengarah Produksi Tampil Memberi Keterangan

Belum habis juga kontrovesi mereka ini, agaknya sampai bila la nak berlanjutan ya.

Baru-baru ini Afifah ada tampil mengatakan bahawa dia mendekati Aliff Aziz kerana arahan pihak produksi.

Dan Aliff juga berpendapat keterangan tersebut tidak masuk akal dan mengarut.Baru-baru ini pihak produksi tampil memberikan keterangan berkaitan isu yang dibangkitkan Afifah.

Mansor Akob, Pengarah drama “Izinkan Aku Mencintaimu” lakonan Aliff Aziz dan Afifah Nasir tampil memberi komen tentang isu kontroversi yang melanda pelakon utama drama itu.

Mansor Akob menafikan dakwaan pelakon Afifah Nasir yang kononnya dipergunakan pihak produksi untuk melayan kerenah Aliff Aziz.

Mansor Akob berkata dia dan crew produksi lain tidak pernah mengeluarkan arahan dan perancangan sebegitu kepada Afifah.

Ini pendedahannya:

“Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat malah jauh sekali untuk membuat perancangan seperti didakwa Afifah. Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami.

“Tiada arahan untuk menyuruh mereka rapat.

“Soal masalah di lokasi adalah perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik,”

“Perancangan karaoke pun saya tak tahu langsung, macam saya cakap tadi bincang seperti di kedai kopi tidak ada arahan,”

Itulah penjelasan dari pengarah drama tersebut yang menyangkal dakwaan Afifah Nasir.

Sebelum ini, Afifah menjelaskan dia rapat dengan Aliff kerana itu adalah perancangan dari pihak produksi untuk melancarkan proses penggambaran.

Bagaimanapun kenyataan Afifah itu disangkal oleh Aliff Aziz dan menyifatkan ia mengarut dan tidak masuk akal.

Kecomelan Orang Memiliki Gigi Taring Jadi Tarikan Di Jepun

Cantik pula bila melihat seseorang yang senyumnya terlihat gigi taringnya kan? rasa macam jatuh cinta pula. Hahaha, tapi bukan semua memiliki aura memikat ini tau.

Sememangnya semua orang mempunyai gigi taring, cuma ada sesetengah orang memiliki gigi taring yang lebih ketara kelihatannya. Dan bagi sesetengah orang ianya nampak lebih cantik dan unik. Lain orang lain pula pendapat.

Sekarang ni ramai gadis-gadis sanggup berhabis duit memakai pendakap gigi untuk mendapatkan gigi yang rata dan cantik. Namun di Jepun pula, gadis-gadis di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring. Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal.

Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670), terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama. Tetapi menjadi tanda tanya, Apa kelebihan mempunyai gigi taring ini sampaikan ada sesetengah gadis sanggup berhabis duit untuk memasang gigi taring?

Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.

Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.

Sumber: Hanasuva.com

Cara Berkesan Membunuh Nyamuk Dengan Banyak Hanya Semalaman

Sebut saja nyamuk, pastinya anda akan terbayangkan bagaimana rasa gatalnya kulit kita jika digigit sang nyamuk kan? Bukan sahaja gatal, malah lebih parah jika nyamuk itu pembawa penyakit.

Seperti yang kita ketahui, salah satu cara mudah nak bunuh dengan sembur pakai mosquito repellent. Sebelum tidur pastikan anda spray dahulu bilik anda dan tutup lampu kemudian tutup pintu bilik beberapa minit. Pastinya nyamuk-nyamuk tadi sudah mati dan berguguran di atas lantai.

Tapi seorang Youtuber, Dan Rojas dedahkan satu cara macam mana nak bunuh beribu ekor nyamuk dalam satu masa. Jom kita lihat video berkenaan. Mana tahu nanti akan menyelesaikan masalah anda kan.

Sumber: Ceritamenarik.com

Tips-Tip Kecantikkan

Cream-Pemutih-Wajah

1. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

3. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

4. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

5. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

6. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

9. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

10. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

11. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

12. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

13. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada bua h keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

14. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

15. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

16. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

17. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

18. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

19. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

20. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

21.Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

22. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

23. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

24. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan d apat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam – ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

25. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

26. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya d an sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah… …lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

27. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

28. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda